Powered By Blogger

Wednesday 23 February 2011

Info Teknologi - Siri 1 / Kalau Ada Telefon Bimbit Ber Wifi - Perlu Simpan Senarai Lokasi Wifi !!!

Pakcik dengar cerita, ada orang tidak tahu henfon canggihnya, ada wifi, boleh layari internet percuma pulak tu !!
Anda tak tahu !, tak ade orang beritahu !!! Selepas ini, jangan bimbang  lagi, pakcik akan tunjukkan cahaya-cahaya dihujung terowong-terowong......,  ikutilah pelbagai cerita diblog pakcik selalu....,

Dimana nak dapatkan senarai lokasi terpilih di seluruh Malaysia ?. Jangan risau, disini pakcik senaraikan dan untuk menyenangkan rakan-rakan blog pakcik yang budiman, copy & paste aje kedalam henfon anda.......
dan anda semua dah tahukan, servis wifi ada 3 peringkat ; percuma, perlu password dan block (tak bagi orang lain masuk!). Untuk yang masih ragu-ragu kenapa henfon berwifi lebih mahal sedikit, tentulah ada keistimewaannya. Wow!, Betulke ?!, Sekarang beli saje dan nikmati servis percuma wifi di lokasi-lokasi berikut ........, yang bestnya henfon anda siap beritahu 3 peringkat lokasi wifi tadi, tak caya ?, apa lagi nak, blog pakcik ni pun boleh dilayari melalui henfon anda kelak, percuma lagi, ya, servis wifi tidak telan topup anda !,


Jom sama-sama kongsi, dimanakah nk dapat WiFi FREE. Tempat2 yang ada wifi FREE saje diperlukan.

KL & Selangor

1) All timezones listed free hotspots (inc whole M'sia Starbucks) Goto Timezone list
2) 1 Utama new wing
3) Certain KFC outlets during weekdays from 2pm to 6pm (pls visit KFC.com.my)
4) Hai Siang Kopitiam /Haipeng ( Bdr Puteri Puchong)
5) Simply Penang (bdr puteri Puchong)
6) Star Junction (Bdr Puteri Puchong)
7) Kopikau (Bdr Puteri Puchong)
8) Station 1 Coffee both in Puchong Jaya & bdr puteri)
9) Rasa Sayang restaurant (bdr puteri Puchong)
10) Everyday food court (Pusat Bdr Puchong)
11)Telawi Street Bistro - Contributed by earl-ku
12) Cafe 1940 (The Vurve, Bangsar & 1U)
13) Ming Tien Food Court - Contributed by leongleong
14) Projet Bangi Petrol Station - Contributed by ayiez_laugh
15) One Stop chinese fastfood beside Sharkey pizza in IOI mall Puchong)
16) lobby of Megan Philleo Avenue II
17) Centrepoint BU
18) Quicksave car car boutique, USJ 7
19) Lunch Box (Technology Park)
20)Stranger Restaurant and Cafe in Sec. 19
21) KLIA & LCCT -Sepang
22) 5 to 1- Jalan Udang Siar, Taman Sri Segambut
23) Vanessa, Taman Setapak
24) Friendster Cafe & Restaurant, Plaza Emerald, PJU 8 Damansara
25) Vistana Hotel, Klang
26) MYSpot Jalan Semarak
27) Restoran Kereta Jln 9/23E
28) Jing-Si Book Cafe, Bukit Bintang
29) Telawi Street Bistro, Bangsar
30) La Bodega, Bangsar
31) Megalane Bowl, Endah Parade
32) Plaza @ Lim Kok Wing Uni, Cyberjaya
33) Prescott Metro Inn Kajang
34) Prescott Hotel Klang
35) Prescott Inn Kuala Lumpur
36) The Raintree of Kuala Lumpur
37) The Royal Selangor Golf Club
38) PLUS highway Sg Buloh R&R
39) Steven's Corner, Pandan Indah, KL
40) Telawi Street Bistro Bangsar Kuala Lumpur
41) Universiti Hospital Petaling Jaya
42) izzi Pizza at Jalan Sultan Ismail Airzed (FOC)
43) Long Black Cafe, SS2 (next to Coffee Bean)
44) The Curve, Level 1 (infront of 1901 / Kim Gary)
45) Mcdonald's, Jalan Mewah Utara Orientations Network McDonald's Free
46) Hoca Cafe Ampang Ampang Point (near Coffee Bean) Free
47) BlueLine Kwick Print Elinet Damansara Utama,
49) HELP College (lobby) Pusat Bandar Damansara Free (?)
50) JomKita Cafe Free (order drink n get WEP access key)
51) Between Mandarin Oriental & the taxi stand @ Suria KLCC (opposite BSN)
52) McDonalds Pusat Bandar Damansara Orientations Network Free
53) Meeting Point Cafe Jalan Pudu, opp Swiss Garden Hotel Free
54)Mc Donald's Mont Kiara No 1, Block D, Free
55) Mc Donald's Pusat Bandar Damansara Block A
56) Raju's Curry House Jalan Gasing Jalan Gasing, Petaling Jaya
57)TechStop One Utama
58)Front of Toyota Dealership, IOI biz Centre Puchong
59)Petronas Station Ali Lok Enterprise (opp USJ Summit Shopping)
60)UPM Serdang UPMNET Admin, BTM, FBM, FEP, and FSKTM area
61)McDonald's Taipan USJ
68) McDonalds Shah Alam Shah Alam, Section 3
69)Sri Hartamas; Backyard Pub;Streamyx;Free
70)Bar Med Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur @status unknown
71)Barflam Bar & Restaurant Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
72)Bayou The Javanese Brew & Caf Mont Kiara Kuala Lumpur @status unknown
73)December Restaurant & Bistro Mont Kiara Kuala Lumpur @status unknown
74)Grappa The Trattoria Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
75)Hello Station Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
76)Japanese Dining Bar Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
77)Mezza Restaurant Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
78)Poison Bar Jalan P Ramlee Kuala Lumpur @status unknown
79)Restoran Hungarian Paprika Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
80)The Red Chamber Bar & Restaurant Bangsar @status unknown
81)The Roof Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
82)The Rox Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
83Vintages Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
84)University of Nottingham-Student Lounge, Jalan Conlay @status unknown
85)Maju Junction-Big Shot Archery @status unknown
86)Menara KL-Mega View Banquet Deck, @status unknown
87)Menara KL-Observation Deck @status unknown
88) Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter) Info Here
89) Yes car Care Centre (Proton Service) -Opp DHL Puchong
90) Tsim Tung - Pandan Indah
91) Quan Kopitiam -Pandan Indah
92) Gasoline restaurant - Sri Kembangan
93 Kopi Chye -Pandan Indah
94) Old town kopitiam -Pandan Indah
95) Yippie Cup & another cafe 2 block away -SS2, PJ

MELAKA

1) Numeous area around MITC City, Air Keroh Melaka,
2) Bangunan Wisma Negeri Ayer Keroh
3) Melaka Sentral
4) Perpustakaan Negeri Melaka
5) Still Thought Caf
Kws Perindustrian Bt Berendam
6) Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter)

PENANG

1) Craven Cafe Penang - Contributed by darkages
2) Pearlview Hotel coffee house - Chai Leng park, Perai
3) Chepanze Brasserie Gurney Plaza
4) Manila Place, Gurney Plaza
5) IS Coffee@ Megamall, Prai
6)Thumb Cafe, Pekaka,
7)Redbox Gurney, Gurney Plaza
8)House of Notebooks, Gurney Plaza
9)Equatorial Hotel Bukit Jambul
10)Sri Weld Food Court Beach Street Food Court along Beach Street
11)SG2 Cafe Bukit Jambul Free
12)Red Cafe behind Craven Burma Rd
13)Belaroma Beans & Brews, Cosmic Cafe, Easyway Cafe,
14)Winter Warmers Prangin Mall Ground
15)Northern Point Cellular & Accessories Free Cornucopia Pulau Tikus
16)Old Free's Association Cafeteria and Patio area only Jalan Sultan Ahmad Shah
17)Craven Cafe Tanjung Bungah,
18)Tari Cafe Tanjung Tokong
19)BigBites @ Ivory plaza
20)Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter)
21) Penang.pantai.seagate
22) Hospital Pantai
23) Ara Seafood Cafe, sg Ara

PERAK

1) There is one modern kopitiam in Jln Tupai Taiping (can't remember the name)
2) Ipoh Padang ( Jaring ) *need register
3) MovenPeak Steamboat restaurant - Ipoh
4) All PLUS Highway R&R in Perak
5) BSO Technologies SB PDA & PC Shop , Medan Istana ,Ipoh

KEDAH

1) Andaman Resort Langkawi - whole hotel inc to the rooms

PAHANG

1) Intan's Oven Biscuits Cafe Kuantan
2) Coffee bean, Genting Highland (request p/wword frm counter)

KELATAN

1) Hayaki Cafe

JOHOR

1) Sebana hotel Kota Tinggi
2) JB AIA building
3) Kenny Rogers Summit Shopping mall Batu pahat
4) Skudai Skudai Parade, 5th Floor Individual ACE Archery Center Free
5) The M-Suite Hotel Lido beach TMNET Lobby, reception, cafe & bistro Commercial
6) Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter)

SERAWAK

1) Institut Eksekutif, Crown Towers, Kuching
2) Mega Hotel, Miri
3) Sri Aman Computer Centre, Sri Aman
4) ParkCity Everly Hotel Bintulu
5) Miri Airport Executive Lounge
6) ParkCity Everly Hotel Miri
7) Bestberry Cafe, Jalan Petanak @ free
8) Bing Coffee Company, Jalan Pandungan @ free
9) Crown Plaza Riverside Hotel
10) Damai Lagoon Santubongfree
11) E Magic Corner, Jalan Song @ free
12) Hilton Hotel
13) Pandan Thai Delight Restaurant @ free
14)Al Fresco Sidewalk Cafe @ free , Miri
15)Grand Palace Hotel @ free , Miri
16) Hai Ma Coffee Shop @ free , Miri
17) ParkCity Everly Hotel @ free , Miri
18)San Francisco Coffee @ free , Miri
19) Sea Horse Bistro @ free , Miri
20) The Coffee Bean & Tea Leaf @ free , Miri
21)The Other Office @ free , Miri
22)Miri Airport Executive Lounge Airport Road Miri
23) Most of central Miri. provided by deconnexion
24) King Ing Hotel @ free , Mukah
25)Qintai Inn @ free , Mukah
26) Everly Hotel @ free Sibu26) Paramount Hotel @ free Sibu
27) SugarBun, opposite Tanahmas Hotel @ free Sibu
28)SugarBun, Pedada Road @ free Sibu
29) Tanahmas Hotel @ free Sibu

SABAH

1) Beverly Hotel Kota Kinabalu

Info dari blog, lain-lain forum dan pernah guna sendiri.
ManUtd:
Penang

1. kapitan nasi kandar
2. makbul
3. kassim mustaffa
4. pelita
themafia:
Penang

CARY BEAN - baru buka kat kelawei
Gurney Plaza
Rest Salam - Air Itam
McD Sunrise - Dekat round about gurney
warpats:
Penang

KFC Bayan Baru dekat Sunshine Square.

    

Info Sihat - Siri 1

Disini pakcik paparkan beberapa rencana yang telah dikumpulkan daripada akhbar harian untuk bacaan umum pakcik, ....yang bestnya boleh juga dimasukkan kedalam henfon (Pastikan, download software DocViewer dulu !) dan dibawa kemana untuk rujukan....,


Dari sumber akhbar harian…..,

 Alzheimer masih penyakit misteri

Oleh Nasron Sira Rahim

Nyanyuk disebabkan penurunan fungsi saraf otak sehingga daya ingatan merosot teruk

ALZHEIMER antara sindrom yang menyebabkan nyanyuk adalah penyakit ‘misteri’ lantaran kemajuan bidang teknologi bioperubatan masih belum dapat mengesan punca penyakit itu dan kaedah rawatan bagi memulihkan pesakit.


Sejak ditemui Dr Alois Alzheimer kira-kira 100 tahun lalu, kajian demi kajian dijalankan bagi mengenal pasti penyebab kepada penyakit berkenaan dan bagaimana mengubatinya tetapi tidak banyak hasil diperoleh.

Hasil bedah siasat yang dijalankan, beliau mendapati otak pesakit bukan saja mengecut malah dipenuhi gumpalan protein luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelitbelit (neuro fibrillary).

Perunding Neurologi Hospital Pakar Damansara, Dr Azmi Abdul Hamid, berkata sehingga kini, masih belum ada penjelasan punca gumpalan protein di dalam otak itu dan kenapa otak boleh mengecut.

Adakah ia berpunca daripada faktor pemakanan, cara hidup tidak sihat seperti kebanyakan penyakit lain? Dr Azmi menjelaskan pemakanan dan cara hidup tidak menyebabkan berlakunya Alzheimer malah punca lain juga tidak diketahui. Ia seumpama ‘sudah tiba masanya’ bagi penyakit itu berlaku kepada seseorang dan tiada siapa dapat menghalangnya.

Sepuluh peratus daripada mereka yang berusia lebih 65 tahun berpotensi menghidap Alzheimer dan bagi warga tua berusia lebih 85 tahun pula, kebarangkalian penghidap adalah 50 peratus.

Berbanding lelaki, wanita didapati lebih banyak menghidap penyakit ini dan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1998 mencatatkan kira-kira 29 juta penghidap Alzheimer dan pada 2020, jumlah itu dijangka mencecah 55 juta orang.

Penyakit ini berlaku disebabkan penurunan fungsi saraf otak yang kompleks, progresif dan daya ingatan seseorang itu akan merosot dengan teruknya sehingga penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Ia digolongkan sebagai satu daripada jenis nyanyuk yang dicirikan kepada lemah pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

“Amiloid protein yang membentuk sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak; kemusnahan sel saraf ini menyebabkan ‘neurotransmitter’ yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain dalam otak, terjejas.

“Sehingga kini, kajian saintis perubatan hanya menemui kaedah untuk memperlahankan kadar penyakit berkenaan tetapi tidak menemui penawar untuk menyembuhkan Alzheimer.

“Antara ubat yang disyorkan adalah cholinesterase inhibitors yang berfungsi meningkatkan keberkesanan penghantaran mesej dari satu neuron ke neuron lain yang sebelum ini terjejas akibat penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tempoh masa bagi penyakit berkenaan berubah daripada peringkat permulaan kepada keadaan kronik adalah sekitar tujuh tahun dan pengambilan ubat berkenaan pada peringkat permulaan mampu memperlahankan kesan penyakit sehingga empat tahun sebelum ia mencecah peringkat kronik. Pada peringkat permulaan, pesakit akan mengalami simptom terlupa seperti gagal mengingati di mana dia meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan.

Pesakit masih menyedari mengenai kelemahan dan sikap lupa yang dialaminya serta kurang berinteraksi dan bersosial selain bersikap agresif dan cepat marah.

Peringkat pertengahan berlaku apabila pesakit sudah tidak menyedari apa yang dilakukannya sehingga menyebabkan mereka tidak tahu arah pergerakan sehingga boleh sesat jika tidak dijaga, tidak mampu bersolat dan mengaji, lupa mencampurkan gula dalam minuman atau cara membancuh air.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan atau ahli keluar ga terdekat disebabkan lupa yang keterlaluan, ia menandakan pesakit itu berada di peringkat kronik.

Pesakit juga menunjukkan perlakuan pelik seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.

Ada juga yang mendakwa mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan.

Corak tidur juga berubah iaitu lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam selain kadangkala suka berjalan ke merata arah tanpa sebab yang jelas.

Tahap terakhir penghidap Alzheimer adalah terbaring tanpa dapat menguruskan diri dan melakukan kegiatan seperti makan atau membuang air de ngan sendiri.

Kebanyakan pesakit akhirnya meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia disebabkan sepanjang tempoh itu, mereka hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Ketika inilah pentingnya kefahaman mengenai hubungan kekeluargaan dan ajaran Islam di kalangan anak-anak untuk menjaga ibu bapa kerana tanpa kefahaman yang jelas, anak-anak akan tertekan.

Dr Azmi berkata, kajian dilakukan mendapati kesan Alzheimer tidak saja menyukarkan pesakit tetapi turut memberi tekanan emosi kepada penjaga mereka disebabkan pesakit perlu diberi penuh perhatian.

FAKTA
Antara penghidap Alzheimer yang terkemuka
·  Presiden Amerika Syarikat ke-40, Ronald Reagan
·  Penulis British, Enid Blyton
·  Peninju, Sugar Ray Robinson

FAKTA NOMBOR
Penghidap Alzheimer

29 juta - Anggaran penghidap sehingga 1998
10% - Daripada penduduk berusia lebih 65 tahun
50% - Daripada penduduk berusia 85 tahun

Info Perjalanan - Siri 2 / Peta-peta Di Kawasan Lembah Kelang







































Disini pakcik paparkan beberapa keratan peta untuk tatapan pembaca blog yang budiman...., sudah lama ianya tersimpan kemas didalam simpanan pakcik. Untuk makluman, ianya juga telah beberapa kali berpindah rumah apabila pakcik menukar henfon. Kalau ianya telah dirasakan amat berguna, sila panjang-panjangkan kepada sahabat handai yang lain. Diharapkan anda tidak sesat jalan lagi.......

Tuesday 22 February 2011

Info Perjalanan - Siri 1 / Jarak Perjalanan Antara Bandar Di Semenanjung Malaysia

Pakcik postkan maklumat ini disini untuk memudahkan para pembaca budiman sekelian mengetahui jarak antara bandar-bandar kita dan boleh beritahu kepada sahabat handai yang memerlukannya, tidak tahu bila kan ?!....(Walaupun formatnya tidak berapa molek, tapi boleh buat untuk rujukan, akan diperbaiki nanti....)


JARAK ANTARA BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA "DALAM KILOMETER"












































Bandar Dr :- 1.AS 2.BP 3.BF 4.BW 5.CH 6. Ipoh 7.JB 8.KMPR 9.KNGR 10.KB 11.KL 12.KT 13.KTN 14.MLKA 15.MRSG 16.MUA 17.PD 18.RAUB 19.SBN 20.SPO 21.SP 22.TAI 23.TMPN 24.T.IN 25.TMLO
Bandar Ke :- 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
1. Alor Star 716 454 97 377 258 840 296 43 1065 475 931 702 623 876 667 575 481 541 868 58 184 591 303 575
2. Batu Pahat 716 343 623 460 459 124 420 760 732 242 594 375 93 158 50 182 327 175 151 658 544 130 430 250
3. Bukit Fraser 454 343 367 198 195 467 156 497 646 101 461 202 250 465 291 201 42 167 494 396 282 227 167 137
4. Butterworth 97 632 367 283 164 747 203 140 992 382 858 609 530 781 572 481 388 448 774 37 90 497 211 481
5. C. Highland      377 460 198 283 119 584 97 420 829 219 663 446 367 618 409 319 225 285 612 319 206 335 98 319
6. Ipoh 258 459 195 164 119 583 39 301 828 217 662 444 365 616 407 317 224 283 610 200 87 333 85 317
7. Johor Bharu  840 124 467 747 584 583 544 884 706 365 540 320 217 134 175 308 425 299 27 782 670 254 554 384
8. Kampar 296 420 156 203 97 39 544 341 789 179 623 404 327 564 369 279 186 245 572 238 126 295 47 279
9. Kangar 43 760 497 140 420 301 884 341 329 518 963 745 667 918 708 618 545 584 911 101 227 634 348 618
10. Kota Bharu 1085 732 646 992 829 828 706 789 1129 657 169 383 691 572 708 691 630 657 736 1027 913 654 799 510
11. K. Lumpur 475 242 101 382 219 217 365 179 518 657 491 274 148 401 192 100 119 66 393 417 304 116 188 188
12.K. T'ganu    931 594 481 826 663 662 540 623 963 169 491 219 525 406 544 525 465 491 570 861 749 488 633 344
13.Kuantan 702 375 262 609 446 444 320 404 745 384 274 219 308 187 325 306 246 274 351 644 530 270 416 127
14.Melaka 623 93 250 530 367 365 217 327 667 691 148 525 308 246 42 90 248 82 245 565 452 37 336 180
15.Mersing 876 158 456 781 618 616 134 564 918 572 401 406 187 246 208 340 440 333 161 816 704 283 588 362
16.Muar 667 50 291 572 409 407 175 309 708 708 192 544 325 42 208 132 277 124 203 607 494 79 378 200
17. Port Dickson               575 182 201 481 319 317 308 279 618 691 100 525 306 90 340 132 219 34 335 517 404 69 288 180
18. Raub                          481 327 42 388 225 224 425 185 525 630 119 465 246 248 440 277 219 185 352 432 309 211 195 121
19. Seremban                  541 175 167 448 285 283 299 245 584 657 66 491 274 82 333 124 34 185 327 483 370 50 254 147
20. Singapura                  868 151 494 774 612 610 27 572 911 736 393 570 351 245 161 203 335 352 327 810 697 280 581 375
21. S. Petani           58 658 369 37 319 200 782 238 101 1027 417 861 644 565 816 607 517 423 483 810 126 533 246 517
22. Taiping                     184 544 282 90 206 87 670 128 227 913 304 749 530 452 704 494 404 309 370 697 126 420 132 404
23. Tampin                      591 130 227 497 335 333 254 295 634 654 116 488 270 37 283 79 69 211 50 280 533 420 304 143
24. Telok Intan             303 430 167 211 98 85 554 47 848 799 188 633 415 336 588 378 288 195 254 581 246 132 304 288
25. Temerloh                  575 250 137 481 319 317 384 279 618 510 147 344 127 180 362 200 180 121 147 375 517 404 143 288


























∗  Nombor diatas menunjukkan nama destinasi.





















∗ Jarak yang ditunjukkan di atas adalah dalam kilometer (1.61km≡1 batu)


















Info Idea Bernas - Siri 1

Untuk makluman pembaca blog yang budiman, rencana  yang pakcik telah tulis dibawah ini, telah 3 kali pakcik gagal emelkan kepada surat khabar untuk tatapan umum, maka oleh itu, akibat daripada kekecewaan itu, terbitlah ia diruangan blog ini. Selepas ini, .....bebaslah pakcik nak menulis apa sahaja yang terbit diminda, tetapi jangan bimbang, sedaya upaya pakcik akan cuba menjadi penulis yang neutral - berdiri diatas pagar. Tatapilah rencana pakcik ini yang datang dari seorang penulis kerdil, yang baru bertatih didalam dunia penulisan.....


Anugerah Seri Angkasa 2010 ; Sudah Tiba Masanya Lembaga Akreditasi Artis (LAA) di ujudkan, diseliakan oleh FINAS dan dipantau oleh KPK&K

1.                  Saya adalah orang yang paling berbahagia di Malaysia pada ketika ini apabila suara hati kecil saya yang selama ini terpendam telah disambut dengan rasmi nya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPK&K) dengan penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010). Tambah manis dan bersepadu, majlis gilang gemilang tersebut yang telah diadakan pada 18 dan 19 Februari 2011 lalu, dikongsianjurkan  bersama-sama oleh RTM, Kumpulan Media Prima Berhad (KMP) dan Astro. Tahniah saya ucapkan kepada ketiga-tiga pihak tersebut, inilah yang dikatakan, Teman Tapi Tak Mesra (sebelum ini!) tapi dah jadi Teman Seperjuangan Yang Hampir Mesra.


2.                  Apa tidaknya, segala perancangan yang ada didalam kepala saya ini, sebahagiannya telah dilaksanakan oleh badan yang berwajib keatas kemajuan/jatuh/bangun artis-artis kita, iaitu, pihak kementerian yang berkenaan. Syabas!. Cuma, sebelum saya pergi lebih jauh lagi untuk membentangkan buah fikiran saya, saya pohon pertimbangan pihak KPK&K untuk labelkan ASA2010 sebagai anugerah tertinggi di Malaysia bagi kategori yang melibatkan aktiviti seni artis-artis tempatan. Selanjutnya perlu juga di teliti secara halus definisi perkataan “artis” itu sendiri, siapakah mereka ini sebenarnya, adakah, contohnya, (i). seseorang artis itu boleh diikhtiraf  sebagai penyanyi nombor satu negara apabila telah menjuarai beberapa anugerah saban tahun ? atau, (ii). adakah seseorang lepasan ASWARA boleh dikategorikan sebagai artis juga, apabila telah berjaya memegang watak utama didalam beberapa beberapa siri pementasan yang  dianjurkan oleh pihak IB? atau, (iii). seseorang boleh digelar artis apabila berjaya menjuarai sesuatu program realiti ?.  (Kenyataan tadi hanya pandangan peribadi saya sahaja, tidak ada kena-mengena dengan mana-mana orang atau mana-mana artis di Malaysia, samada yang masih hidup atau yang telah tiada). Tuan-tuan, puan-puan dan adik-kakak tidak perlu berikan jawapan/hujah/komen sekarang, simpan dulu dan tunggu sehingga selesai pembacaan keatas apa yang hendak saya perjelaskan disini.

Tiga persoalan tadi saya ketengahkan bagi menjawab FAQ (Frequently Ask Question) yang sering dipaparkan dipelbagai saluran media seperti berikut untuk renungan kita bersama, contohnya ;

2.1              Kisah terkini, didalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 6 Februari 2011, didalam ruangan Pancaindera, soalannya, layakkah artis bernama Gambit menerima sebanyak RM30,000.00 untuk lakonannya didalam filem Azura 2011, dan pihak manakah yang sepatutnya menetapkan bahawa mutu lakonan artis tersebut melayakkan beliau menerima/tidak menerima bayaran sebanyak yang ditawarkan ?.

2.2              Berapa lamakah tempoh yang melayakkan seseorang artis diberikan watak utama selepas beliau diperhatikan seringkali memainkan watak sampingan didalam beberapa drama/filem yang beliau telah lakonkan ?.

2.3              Layakkan seseorang artis dibidang nyanyian ditawarkan sesuatu watak dibidang lakonan setelah popularitinya meningkat/menyerlah dibidang nyanyian ?

Sekiranya ketiga-tiga soalan yang dilontarkan tadi tidak dapat dijawab dengan lancar, maka telah tiba masanya LAA, diujudkan didalam tempoh terdekat.

3.                  Jangan risau tuan-puan para pembaca setia ruangan Forum sekelian, saya tidak akan menyentuh hal-hal sensitif, walaupun sekelumit, semuanya fakta-fakta belaka. Menurut petikan Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari 2011, ASA telah diperkenalkan pada tahun 1972 oleh RTM, dan sejak tahun 2004, RTM telah membuka pencalonan kepada program siaran KMP dan Astro. Ini suatu usaha yang patut diberikan tabit hormat oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan seni, tidak kiralah apa jenis cabang seninya.

4.                  Baiklah, setelah tiga perenggan berlalu, apakah tuan-tuan dan puan-puan masih tidak nampak lagi akan pentingnya LAA diujudkan?, rasanya, masih belum nampak rasionalnya, kan !!!. Tentunya  didalam kepala masing-masing masih bertanya-tanya sesama diri sendiri, apa kaitannya diantara penerusan penganjuran bersama ASA dengan penubuhan serta pengukuhan LAA. Saya berpandangan topik ini tidak hangat diperdebatkan kerana pandangan/hujah bukannya datang daripada, Pelakon/Pengarah dan Penerbit Terhangat di Malaysia (tak lain dan tak bukan, Ahmad Idham & David Teo, maaf, ini pandangan peribadi saya sahaja!) tapi, hanya datang daripada salah seorang rakyat Malaysia yang bernasib baik pendapat/pandangan/cadangan yang dihantar kepada ruangan Forum, Utusan Malaysia, kebetulan, dipilih oleh Editor untuk disiarkan.

5.                  Apa signifikannya, sebuah badan separa kerajaan seperti LAA perlu diujudkan dan dikekalkan ; dengan, mengadakan, suatu majlis anugerah seperti ASA2010 ditempat yang begitu gah seperti di Putra World Trade Centre (PWTC) ?

Pada pandangan saya, sekiranya tiada seorang pun yang akan menulis tentang hal ini sebelum 18 Februari 2011 dan dikongsikan beramai-ramai bersama-sama rakyat Malaysia untuk dibahas/dibincang/diforumkan, maka ASA2010 akan juga berlalu begitu sahaja seperti ASA-ASA pada tahun-tahun yang lepas tanpa meninggalkan apa-apa kesan mendalam samada kepada Pengarah, Artis, Penerbit Drama/Filem, Peminat biasa/fanatik, Persatuan-persatuan berkaitan kesenian dan pihak lain yang berkepentingan samada secara langsung atau tidak langsung.

Buat permulaan ini, sebagai muqaddimah pengenalannya, badan seperti LAA, apabila telah diujudkan nanti, akan menjadi sebuah pusat sehenti (one-stop centre) bagi artis-artis dipelbagai cabang seni, samada pelakon drama/filem/pentas, penyanyi radio/tv/pusat hiburan, pengacara tv/funfare atau penggiat seni yang lain ; dimana disana nama mereka akan didaftarkan dengan mengambilkan kira segala maklumat peribadi mereka untuk simpanan atau rujukan serta merekodkan segala catatan perjalanan setiap aktiviti seni yang telah/sedang/akan diikuti oleh seseorang artis itu.

Maka dengan data-data tersebut, pihak LAA boleh mengumpul / menilai / menyimpan didalam arkib / mengeluarkan rating tentang status terkini seseorang artis untuk kegunaan pihak luar samada penerbit, pengarah, stesen tv dan lain-lain organisasi. Oleh kerana LAA diletakkan dibawah penyeliaan FINAS, maka  perlu dibentuk satu Lembaga Akreditasi yang dianggotai oleh 20 hingga 30 orang terdiri  daripada pakar-pakar didalam bidang kesenian dan juga pakar-pakar dibidang yang lain seperti motivasi, pengiklanan dan sebagainya. Lembaga Akreditasi tersebut boleh bersidang didalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah FINAS dan dipantau oleh beberapa orang pengawai daripada KPK&K. Keputusan daripada majlis tersebut ialah satu senarai rating rasmi setiap artis yang berdaftar dengan LAA untuk makluman pihak luar.

Oleh kerana artis-artis yang didaftarkan akan dimasukkan didalam pencalonan anugerah tertinggi seperti ASA (sekiranya disahkan layak bertanding!), disamping pencalonan didalam majlis anugerah lain yang rancak diadakan sepanjang tahun ; maka dengan senantiasa mengemaskinikan maklumat kegiatan seni artis-artis kita oleh satu badan yang bertanggungjawab seperti LAA, maka, selepas sesuatu anugerah tamat bersiaran, tiada lagi kedengaran rungutan/komplen dari pelbagai pihak samada daripada orang-orang didalam atau orang-orang diluar bidang kesenian.

Diharapkan dengan pengikhtirafan badan seperti LAA oleh pelbagai pihak, rasa-rasanya dimasa depan kelak, tidak ada lagi orang akan cakap-cakap di belakang tentang, contohnya,  kenapa Shamsul Yusuf  boleh menang anugerah Pengarah Terbaik PFM yang baru berlalu, sedangkan dia masih baru di dalam bidang itu ???, atau kenapa Ana Raffali boleh menang AJL 2010 yang baru sahaja meninggalkan kita, sedangkan dia juga masih baru sebagai penyanyi/penulis lirik/komposer ???. Kenapa? Siapa? Bila? Dimana?.........

Berbalik kepada keputusan pihak penganjur mengambil keputusan untuk mengadakan majlis anugerah seperti ASA2010 di PWTC ; pada pandangan saya, bagi sesetengah orang, dengan senangnya keluarlah pendapat yang akan mengatakan, oh! disitu lebih selesa, lebih ramai orang boleh menghadirkan diri, sama-sama memeriahkan acara tersebut, nak tambah ummph lagi, jemputlah pulak pengacara majlisnya yang terhangat  lagi evergreen, iaitu, Aznil Hj Nawawi dan Kak Engku !!!. Tak senang duduk lah kita selama dua jam, best sangat, sebab boleh dijamin/dijangka, mereka dapat ”mengemudikan” majlis dengan selamat.

6.         Secara seriusnya, pada pandangan saya, seseorang artis sudah pasti akan merasa amat bangga apabila diikhtiraf dan dijemput untuk menerima sesuatu anugerah diatas hasil titik peluh sendiri, di tengah-tengah pentas di dalam sebuah dewan yang terunggul seperti di PWTC, ; maka, mereka yang telah terpilih, bukan calang-calang artis, bukan calang-calang pelakon, buat hanya sebagai pak pacak sahaja!, ; tetapi, sememangnya mereka berbakat didalam kerjaya mereka, mereka bersungguh-sungguh didalam membawakan watak yang telah dipilih untuk mereka. Maka dengan itu, kita perlu lahirkan lebih ramai lagi pelakon pelapis untuk meneruskan kehebatan lakonan, contohnya seperti artis Zulhuzaimi dan kepelbagaian kebolehan lakonan, contohnya seperti artis Noor Khairiah !!!. (Pilihan artis-artis ini sekadar dijadikan contoh sahaja, artis yang lain jangan berkecil hati!. Kalau nak disenaraikan semuanya, tiga hari tiga malam tak habis!!).

Kalau bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir  telah mengubah wajah lembah Kelang untuk menjadi tambah cemerlang, gemilang dan terbilang, maka kedua-dua artis tadi, telah mengubah senario lakonan drama/filem di Malaysia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi berprestij. Terima kasih Tun!, terima kasih Mi! dan terima kasih Riah!. Anda memang hebat, memang gemilang didalam bidang masing-masing.

7.         Pembentukan secara rasmi Lembaga Aktreditasi Artis (LAA) perlu dibincangkan dengan lebih halus dan teliti sebelum boleh dibawa ketengah, selepas mengambilkira kepentingan, sensitiviti dan pengikhtirafan pelbagai pihak supaya boleh menjadi suatu badan yang benar-benar boleh mengawaselia kerjaya/aktiviti semua artis di Malaysia. Adalah diharapkan dengan penambahbaikan peranan lembaga ini kelak, maka, apa sahaja kategori anugerah yang bakal diberikan kepada artis-artis kita, boleh disahkan sebagai suatu pengikhtirafan yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

8.         Saya rasa cukup sampai disini dahulu saya berbicara dan diharapkan cetusan idea yang telah dibentangkan tadi akan menjadi suatu bahan perbincangan yang lebih rancak, menarik dan berilmu pengetahuan didalam majlis-majlis forum yang lebih formal atau di sesi-sesi sembang santai di kopitiam oleh mereka-mereka yang arif lagi bijaksana didalam industri kesenian dan yang sewaktu dengannya. Izinkan saya mengundur diri untuk seketika.

Oleh : Putra NS di Perantauan
Tarikh Catatan : 6 Februari, 2011