Powered By Blogger

Sunday 5 February 2012

Info Terkini......Assalamu Alaikum Pembaca Budiman.....Kembali Berkarya di Alamaya....

Alhamdulillah...., Pakcik ingin memanjatkan berjuta kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah di panjangkan usia dan di berikan kesihatan yang terbaik. Pada umur Pakcik yang telah melebihi separuh abad ini, di rasakan telah tiba masa nya Pakcik ingin mencurahkan segala pengalaman yang telah di lalui untuk tatapan sesiapa sahaja yang melintas dan terjumpa blog Pakcik yang tak seberapa mantap ini. Kalau dapat yang ilmu yang baik daripada nya, jadikan tauladan tetapi kalau tak dapat apa-apa faedah, tinggalkan sahaja dan teruskan kehidupan mu di atas muka bumi yang terbentang luas ini. Cukup di sini dahulu muqaddimah Pakcik sempena re-union Pakcik dengan blog Pakcik ni, yang sebenarnya telah hampir satu tahun kehilangan nya, ni yang rasa seronok sangat tak terhingga. Bila dah jumpa kembali, nak kembali berkarya, kalau boleh, nak ceritakan pengalaman hidup yang telah di alami sepanjang tahun 2011 yang lepas....
 Berhenti seketika, kembali selepas ini....