Powered By Blogger

Monday 18 March 2013

Info Rujukan Global - Siri 1

Salam, Pakcik sentiasa doakan pembaca-pembaca budiman berada di dalam keadaan sejahtera sama ada sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai guru dan sebagainya peranan kita didalam famili dan masyarakat. Sebenarnya Pakcik memang sentiasa sibuk dengan rutin harian tetapi demi sahabat pembaca setia Pakcik, disini ada satu laman web yang ingin di kongsi bersama.

Cuma, satu peringatan penting Pakcik, apabila kita melayari laman web yang bersifat global ini, mesti hadir di dalam minda kita tujuan utama kita adalah untuk mencari maklumat yang berfaedah, untuk membuat rujukan supaya tugasan harian kita sentiasa kemaskini dan sebagainya. Setelah diteliti, Pakcik rasakan inilah laman web yang amat berguna untuk para traveller, satu laman web sahaja boleh rujuk maklumat hampir-hampir separuh dunia....!!!

Dan...satu lagi, sekiranya ada folder/fail yang bertentangan dengan fahaman kita, jangan klik, langkau ke folder yang lain, Pakcik hanya boleh beri peringatan sahaja, terpulanglah kepada pembaca untuk menilai baik buruk sesuatu maklumat yang di perolehi daripada alam maya tanpa sempadan ini.

SELAMAT MELAYARINYA DENGAN MINDA YANG POSITIF, PAKCIK MINTA IZIN UNTUK MENGUNDUR DIRI DAHULU.......SALAM ; www.refdesk.com .........