Powered By Blogger

Sunday 25 August 2013

Info Teknologi - Siri 2 - Smart Henfon !?


Bijak Memilih Telefon Bimbit Yang "Boleh Membantu Kita Di Dalam Keadaan Susah Dan Senang"

1. Model Apa Nak Pilih ? -  Di pasaran sekarang terdapat berbagai jenama henfon, terpulanglah kepada kita untuk memilih dan memilikkinya dengan puashati. Bagi yang sudah dapat henfon idaman hati , sila pastikan kita yang menjadi nakhoda henfon kita, kita kawal dia, bukan dia kawal kita.....

Biar Pakcik bentangkan dengan panjang lebar tentang hal kawal-mengawal ni ;

1.1  Peringatan yang paling penting sekali jangan kita hanyut mengikut arus perkembangan teknologi henfon, makna nya apabila di perkenalkan model henfon terbaru di pasaran, kite jangan terus nak beli dan tukar. Itu satu keputusan yang kurang bijak, sebab apa ?!, sebab kita telah tergelincir jauh daripada landasan tentang tujuan utama kita menggunakan henfon.

1.2 Disini ingin pakcik cadangkan satu langkah bijak apabila pertama kali kita dapat genggam sebuah henfon pintar (smart phone) ; dan soal mahal/murah pakcik tidak mahu sentuh sebab kalau ada duit lebih, belilah yang paling mahal pun tak apa.

2. Seterusnya,  plan apa nak guna dan syarikat komunikasi mana nak pilih, itu terpulang kepada individu, tapi yang penting henfon perlu ada benda ni ;

2.1 Aksesori Tambahan/Luaran - Pen stylus untuk iphone 5 anda, untuk cepatkan taippan anda di muka skrin.

2.2 Aksesori Dalaman - Aplikasi
yang sangat-sangat diperlukan didalam menjalani kehidupan harian. Istimewa bagi iphone, semua jenis aplikasi disediakan didalam "apps store", cuma pilih sahaja yang free atau jika perlu beli lah.....

3. Bagi pakcik, paling penting, perlu dapatkan apps berikut, ikut prioriti penggunaannya ;

1 ATM Locator
2 Petronas Locator
3 7-Eleven Locator
4 Free Wifi Locator
5 Map - streetdirectory.com.my

4. Ok, buat permulaan ini sekiranya smartphone anda boleh capai 5 perkara diatas, anda telah berada di landasan yang betul, teruskan perjalanan, berhati-hati, jangan sampai tergelincir lagi.....

Salam sejahtera daripada Pakcik dan bersembang lagi di lain kesempatan (Untuk makluman pembaca maya sekelian, sekarang penulisan Pakcik di iphone5 semakin laju sejak menggunakan pen stylus "cap ayam" - just any electronic pen and the best thing, no label/brand ..... Tq to all crew who create iphone5, wherever you are !!!)