Powered By Blogger

Sunday, 25 August 2013

Info Teknologi - Siri 2 - Smart Henfon !?


Bijak Memilih Telefon Bimbit Yang "Boleh Membantu Kita Di Dalam Keadaan Susah Dan Senang"

1. Model Apa Nak Pilih ? -  Di pasaran sekarang terdapat berbagai jenama henfon, terpulanglah kepada kita untuk memilih dan memilikkinya dengan puashati. Bagi yang sudah dapat henfon idaman hati , sila pastikan kita yang menjadi nakhoda henfon kita, kita kawal dia, bukan dia kawal kita.....

Biar Pakcik bentangkan dengan panjang lebar tentang hal kawal-mengawal ni ;

1.1  Peringatan yang paling penting sekali jangan kita hanyut mengikut arus perkembangan teknologi henfon, makna nya apabila di perkenalkan model henfon terbaru di pasaran, kite jangan terus nak beli dan tukar. Itu satu keputusan yang kurang bijak, sebab apa ?!, sebab kita telah tergelincir jauh daripada landasan tentang tujuan utama kita menggunakan henfon.

1.2 Disini ingin pakcik cadangkan satu langkah bijak apabila pertama kali kita dapat genggam sebuah henfon pintar (smart phone) ; dan soal mahal/murah pakcik tidak mahu sentuh sebab kalau ada duit lebih, belilah yang paling mahal pun tak apa.

2. Seterusnya,  plan apa nak guna dan syarikat komunikasi mana nak pilih, itu terpulang kepada individu, tapi yang penting henfon perlu ada benda ni ;

2.1 Aksesori Tambahan/Luaran - Pen stylus untuk iphone 5 anda, untuk cepatkan taippan anda di muka skrin.

2.2 Aksesori Dalaman - Aplikasi
yang sangat-sangat diperlukan didalam menjalani kehidupan harian. Istimewa bagi iphone, semua jenis aplikasi disediakan didalam "apps store", cuma pilih sahaja yang free atau jika perlu beli lah.....

3. Bagi pakcik, paling penting, perlu dapatkan apps berikut, ikut prioriti penggunaannya ;

1 ATM Locator
2 Petronas Locator
3 7-Eleven Locator
4 Free Wifi Locator
5 Map - streetdirectory.com.my

4. Ok, buat permulaan ini sekiranya smartphone anda boleh capai 5 perkara diatas, anda telah berada di landasan yang betul, teruskan perjalanan, berhati-hati, jangan sampai tergelincir lagi.....

Salam sejahtera daripada Pakcik dan bersembang lagi di lain kesempatan (Untuk makluman pembaca maya sekelian, sekarang penulisan Pakcik di iphone5 semakin laju sejak menggunakan pen stylus "cap ayam" - just any electronic pen and the best thing, no label/brand ..... Tq to all crew who create iphone5, wherever you are !!!)




Friday, 19 April 2013

Info Internet TV - Siri 1

Assalamu alaikum para pembaca pelayar laman alamaya, pakcik sentiasa doakan agar anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping orang-orang yang tersayang. Hari ini pakcik nak bercerita tentang teknologi terkini yang sedang berada di pasaran sekarang, jikalau kita buat-buat tak tahu maka, terang-terangan kita sudah di anggap ketinggalan zaman. Ya, tepat sekali tekaan para pembaca sekelian, apa itu internet TV ??? Sebentar lagi pakcik bentangkan dengan panjang lebar...................tunggu ya !!!!

Monday, 18 March 2013

Info Rujukan Global - Siri 1

Salam, Pakcik sentiasa doakan pembaca-pembaca budiman berada di dalam keadaan sejahtera sama ada sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai guru dan sebagainya peranan kita didalam famili dan masyarakat. Sebenarnya Pakcik memang sentiasa sibuk dengan rutin harian tetapi demi sahabat pembaca setia Pakcik, disini ada satu laman web yang ingin di kongsi bersama.

Cuma, satu peringatan penting Pakcik, apabila kita melayari laman web yang bersifat global ini, mesti hadir di dalam minda kita tujuan utama kita adalah untuk mencari maklumat yang berfaedah, untuk membuat rujukan supaya tugasan harian kita sentiasa kemaskini dan sebagainya. Setelah diteliti, Pakcik rasakan inilah laman web yang amat berguna untuk para traveller, satu laman web sahaja boleh rujuk maklumat hampir-hampir separuh dunia....!!!

Dan...satu lagi, sekiranya ada folder/fail yang bertentangan dengan fahaman kita, jangan klik, langkau ke folder yang lain, Pakcik hanya boleh beri peringatan sahaja, terpulanglah kepada pembaca untuk menilai baik buruk sesuatu maklumat yang di perolehi daripada alam maya tanpa sempadan ini.

SELAMAT MELAYARINYA DENGAN MINDA YANG POSITIF, PAKCIK MINTA IZIN UNTUK MENGUNDUR DIRI DAHULU.......SALAM ; www.refdesk.com .........

Wednesday, 20 February 2013

Sunday, 5 February 2012

Info Terkini......Assalamu Alaikum Pembaca Budiman.....Kembali Berkarya di Alamaya....

Alhamdulillah...., Pakcik ingin memanjatkan berjuta kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah di panjangkan usia dan di berikan kesihatan yang terbaik. Pada umur Pakcik yang telah melebihi separuh abad ini, di rasakan telah tiba masa nya Pakcik ingin mencurahkan segala pengalaman yang telah di lalui untuk tatapan sesiapa sahaja yang melintas dan terjumpa blog Pakcik yang tak seberapa mantap ini. Kalau dapat yang ilmu yang baik daripada nya, jadikan tauladan tetapi kalau tak dapat apa-apa faedah, tinggalkan sahaja dan teruskan kehidupan mu di atas muka bumi yang terbentang luas ini. Cukup di sini dahulu muqaddimah Pakcik sempena re-union Pakcik dengan blog Pakcik ni, yang sebenarnya telah hampir satu tahun kehilangan nya, ni yang rasa seronok sangat tak terhingga. Bila dah jumpa kembali, nak kembali berkarya, kalau boleh, nak ceritakan pengalaman hidup yang telah di alami sepanjang tahun 2011 yang lepas....
 Berhenti seketika, kembali selepas ini....

Wednesday, 23 February 2011

Info Teknologi - Siri 1 / Kalau Ada Telefon Bimbit Ber Wifi - Perlu Simpan Senarai Lokasi Wifi !!!

Pakcik dengar cerita, ada orang tidak tahu henfon canggihnya, ada wifi, boleh layari internet percuma pulak tu !!
Anda tak tahu !, tak ade orang beritahu !!! Selepas ini, jangan bimbang  lagi, pakcik akan tunjukkan cahaya-cahaya dihujung terowong-terowong......,  ikutilah pelbagai cerita diblog pakcik selalu....,

Dimana nak dapatkan senarai lokasi terpilih di seluruh Malaysia ?. Jangan risau, disini pakcik senaraikan dan untuk menyenangkan rakan-rakan blog pakcik yang budiman, copy & paste aje kedalam henfon anda.......
dan anda semua dah tahukan, servis wifi ada 3 peringkat ; percuma, perlu password dan block (tak bagi orang lain masuk!). Untuk yang masih ragu-ragu kenapa henfon berwifi lebih mahal sedikit, tentulah ada keistimewaannya. Wow!, Betulke ?!, Sekarang beli saje dan nikmati servis percuma wifi di lokasi-lokasi berikut ........, yang bestnya henfon anda siap beritahu 3 peringkat lokasi wifi tadi, tak caya ?, apa lagi nak, blog pakcik ni pun boleh dilayari melalui henfon anda kelak, percuma lagi, ya, servis wifi tidak telan topup anda !,


Jom sama-sama kongsi, dimanakah nk dapat WiFi FREE. Tempat2 yang ada wifi FREE saje diperlukan.

KL & Selangor

1) All timezones listed free hotspots (inc whole M'sia Starbucks) Goto Timezone list
2) 1 Utama new wing
3) Certain KFC outlets during weekdays from 2pm to 6pm (pls visit KFC.com.my)
4) Hai Siang Kopitiam /Haipeng ( Bdr Puteri Puchong)
5) Simply Penang (bdr puteri Puchong)
6) Star Junction (Bdr Puteri Puchong)
7) Kopikau (Bdr Puteri Puchong)
8) Station 1 Coffee both in Puchong Jaya & bdr puteri)
9) Rasa Sayang restaurant (bdr puteri Puchong)
10) Everyday food court (Pusat Bdr Puchong)
11)Telawi Street Bistro - Contributed by earl-ku
12) Cafe 1940 (The Vurve, Bangsar & 1U)
13) Ming Tien Food Court - Contributed by leongleong
14) Projet Bangi Petrol Station - Contributed by ayiez_laugh
15) One Stop chinese fastfood beside Sharkey pizza in IOI mall Puchong)
16) lobby of Megan Philleo Avenue II
17) Centrepoint BU
18) Quicksave car car boutique, USJ 7
19) Lunch Box (Technology Park)
20)Stranger Restaurant and Cafe in Sec. 19
21) KLIA & LCCT -Sepang
22) 5 to 1- Jalan Udang Siar, Taman Sri Segambut
23) Vanessa, Taman Setapak
24) Friendster Cafe & Restaurant, Plaza Emerald, PJU 8 Damansara
25) Vistana Hotel, Klang
26) MYSpot Jalan Semarak
27) Restoran Kereta Jln 9/23E
28) Jing-Si Book Cafe, Bukit Bintang
29) Telawi Street Bistro, Bangsar
30) La Bodega, Bangsar
31) Megalane Bowl, Endah Parade
32) Plaza @ Lim Kok Wing Uni, Cyberjaya
33) Prescott Metro Inn Kajang
34) Prescott Hotel Klang
35) Prescott Inn Kuala Lumpur
36) The Raintree of Kuala Lumpur
37) The Royal Selangor Golf Club
38) PLUS highway Sg Buloh R&R
39) Steven's Corner, Pandan Indah, KL
40) Telawi Street Bistro Bangsar Kuala Lumpur
41) Universiti Hospital Petaling Jaya
42) izzi Pizza at Jalan Sultan Ismail Airzed (FOC)
43) Long Black Cafe, SS2 (next to Coffee Bean)
44) The Curve, Level 1 (infront of 1901 / Kim Gary)
45) Mcdonald's, Jalan Mewah Utara Orientations Network McDonald's Free
46) Hoca Cafe Ampang Ampang Point (near Coffee Bean) Free
47) BlueLine Kwick Print Elinet Damansara Utama,
49) HELP College (lobby) Pusat Bandar Damansara Free (?)
50) JomKita Cafe Free (order drink n get WEP access key)
51) Between Mandarin Oriental & the taxi stand @ Suria KLCC (opposite BSN)
52) McDonalds Pusat Bandar Damansara Orientations Network Free
53) Meeting Point Cafe Jalan Pudu, opp Swiss Garden Hotel Free
54)Mc Donald's Mont Kiara No 1, Block D, Free
55) Mc Donald's Pusat Bandar Damansara Block A
56) Raju's Curry House Jalan Gasing Jalan Gasing, Petaling Jaya
57)TechStop One Utama
58)Front of Toyota Dealership, IOI biz Centre Puchong
59)Petronas Station Ali Lok Enterprise (opp USJ Summit Shopping)
60)UPM Serdang UPMNET Admin, BTM, FBM, FEP, and FSKTM area
61)McDonald's Taipan USJ
68) McDonalds Shah Alam Shah Alam, Section 3
69)Sri Hartamas; Backyard Pub;Streamyx;Free
70)Bar Med Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur @status unknown
71)Barflam Bar & Restaurant Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
72)Bayou The Javanese Brew & Caf Mont Kiara Kuala Lumpur @status unknown
73)December Restaurant & Bistro Mont Kiara Kuala Lumpur @status unknown
74)Grappa The Trattoria Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
75)Hello Station Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
76)Japanese Dining Bar Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
77)Mezza Restaurant Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
78)Poison Bar Jalan P Ramlee Kuala Lumpur @status unknown
79)Restoran Hungarian Paprika Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
80)The Red Chamber Bar & Restaurant Bangsar @status unknown
81)The Roof Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
82)The Rox Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
83Vintages Bangsar Kuala Lumpur @status unknown
84)University of Nottingham-Student Lounge, Jalan Conlay @status unknown
85)Maju Junction-Big Shot Archery @status unknown
86)Menara KL-Mega View Banquet Deck, @status unknown
87)Menara KL-Observation Deck @status unknown
88) Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter) Info Here
89) Yes car Care Centre (Proton Service) -Opp DHL Puchong
90) Tsim Tung - Pandan Indah
91) Quan Kopitiam -Pandan Indah
92) Gasoline restaurant - Sri Kembangan
93 Kopi Chye -Pandan Indah
94) Old town kopitiam -Pandan Indah
95) Yippie Cup & another cafe 2 block away -SS2, PJ

MELAKA

1) Numeous area around MITC City, Air Keroh Melaka,
2) Bangunan Wisma Negeri Ayer Keroh
3) Melaka Sentral
4) Perpustakaan Negeri Melaka
5) Still Thought Caf
Kws Perindustrian Bt Berendam
6) Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter)

PENANG

1) Craven Cafe Penang - Contributed by darkages
2) Pearlview Hotel coffee house - Chai Leng park, Perai
3) Chepanze Brasserie Gurney Plaza
4) Manila Place, Gurney Plaza
5) IS Coffee@ Megamall, Prai
6)Thumb Cafe, Pekaka,
7)Redbox Gurney, Gurney Plaza
8)House of Notebooks, Gurney Plaza
9)Equatorial Hotel Bukit Jambul
10)Sri Weld Food Court Beach Street Food Court along Beach Street
11)SG2 Cafe Bukit Jambul Free
12)Red Cafe behind Craven Burma Rd
13)Belaroma Beans & Brews, Cosmic Cafe, Easyway Cafe,
14)Winter Warmers Prangin Mall Ground
15)Northern Point Cellular & Accessories Free Cornucopia Pulau Tikus
16)Old Free's Association Cafeteria and Patio area only Jalan Sultan Ahmad Shah
17)Craven Cafe Tanjung Bungah,
18)Tari Cafe Tanjung Tokong
19)BigBites @ Ivory plaza
20)Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter)
21) Penang.pantai.seagate
22) Hospital Pantai
23) Ara Seafood Cafe, sg Ara

PERAK

1) There is one modern kopitiam in Jln Tupai Taiping (can't remember the name)
2) Ipoh Padang ( Jaring ) *need register
3) MovenPeak Steamboat restaurant - Ipoh
4) All PLUS Highway R&R in Perak
5) BSO Technologies SB PDA & PC Shop , Medan Istana ,Ipoh

KEDAH

1) Andaman Resort Langkawi - whole hotel inc to the rooms

PAHANG

1) Intan's Oven Biscuits Cafe Kuantan
2) Coffee bean, Genting Highland (request p/wword frm counter)

KELATAN

1) Hayaki Cafe

JOHOR

1) Sebana hotel Kota Tinggi
2) JB AIA building
3) Kenny Rogers Summit Shopping mall Batu pahat
4) Skudai Skudai Parade, 5th Floor Individual ACE Archery Center Free
5) The M-Suite Hotel Lido beach TMNET Lobby, reception, cafe & bistro Commercial
6) Most Coffee bean outlet listed in Airzed (request p/wword frm counter)

SERAWAK

1) Institut Eksekutif, Crown Towers, Kuching
2) Mega Hotel, Miri
3) Sri Aman Computer Centre, Sri Aman
4) ParkCity Everly Hotel Bintulu
5) Miri Airport Executive Lounge
6) ParkCity Everly Hotel Miri
7) Bestberry Cafe, Jalan Petanak @ free
8) Bing Coffee Company, Jalan Pandungan @ free
9) Crown Plaza Riverside Hotel
10) Damai Lagoon Santubongfree
11) E Magic Corner, Jalan Song @ free
12) Hilton Hotel
13) Pandan Thai Delight Restaurant @ free
14)Al Fresco Sidewalk Cafe @ free , Miri
15)Grand Palace Hotel @ free , Miri
16) Hai Ma Coffee Shop @ free , Miri
17) ParkCity Everly Hotel @ free , Miri
18)San Francisco Coffee @ free , Miri
19) Sea Horse Bistro @ free , Miri
20) The Coffee Bean & Tea Leaf @ free , Miri
21)The Other Office @ free , Miri
22)Miri Airport Executive Lounge Airport Road Miri
23) Most of central Miri. provided by deconnexion
24) King Ing Hotel @ free , Mukah
25)Qintai Inn @ free , Mukah
26) Everly Hotel @ free Sibu26) Paramount Hotel @ free Sibu
27) SugarBun, opposite Tanahmas Hotel @ free Sibu
28)SugarBun, Pedada Road @ free Sibu
29) Tanahmas Hotel @ free Sibu

SABAH

1) Beverly Hotel Kota Kinabalu

Info dari blog, lain-lain forum dan pernah guna sendiri.
ManUtd:
Penang

1. kapitan nasi kandar
2. makbul
3. kassim mustaffa
4. pelita
themafia:
Penang

CARY BEAN - baru buka kat kelawei
Gurney Plaza
Rest Salam - Air Itam
McD Sunrise - Dekat round about gurney
warpats:
Penang

KFC Bayan Baru dekat Sunshine Square.

    

Info Sihat - Siri 1

Disini pakcik paparkan beberapa rencana yang telah dikumpulkan daripada akhbar harian untuk bacaan umum pakcik, ....yang bestnya boleh juga dimasukkan kedalam henfon (Pastikan, download software DocViewer dulu !) dan dibawa kemana untuk rujukan....,


Dari sumber akhbar harian…..,

 Alzheimer masih penyakit misteri

Oleh Nasron Sira Rahim

Nyanyuk disebabkan penurunan fungsi saraf otak sehingga daya ingatan merosot teruk

ALZHEIMER antara sindrom yang menyebabkan nyanyuk adalah penyakit ‘misteri’ lantaran kemajuan bidang teknologi bioperubatan masih belum dapat mengesan punca penyakit itu dan kaedah rawatan bagi memulihkan pesakit.


Sejak ditemui Dr Alois Alzheimer kira-kira 100 tahun lalu, kajian demi kajian dijalankan bagi mengenal pasti penyebab kepada penyakit berkenaan dan bagaimana mengubatinya tetapi tidak banyak hasil diperoleh.

Hasil bedah siasat yang dijalankan, beliau mendapati otak pesakit bukan saja mengecut malah dipenuhi gumpalan protein luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelitbelit (neuro fibrillary).

Perunding Neurologi Hospital Pakar Damansara, Dr Azmi Abdul Hamid, berkata sehingga kini, masih belum ada penjelasan punca gumpalan protein di dalam otak itu dan kenapa otak boleh mengecut.

Adakah ia berpunca daripada faktor pemakanan, cara hidup tidak sihat seperti kebanyakan penyakit lain? Dr Azmi menjelaskan pemakanan dan cara hidup tidak menyebabkan berlakunya Alzheimer malah punca lain juga tidak diketahui. Ia seumpama ‘sudah tiba masanya’ bagi penyakit itu berlaku kepada seseorang dan tiada siapa dapat menghalangnya.

Sepuluh peratus daripada mereka yang berusia lebih 65 tahun berpotensi menghidap Alzheimer dan bagi warga tua berusia lebih 85 tahun pula, kebarangkalian penghidap adalah 50 peratus.

Berbanding lelaki, wanita didapati lebih banyak menghidap penyakit ini dan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1998 mencatatkan kira-kira 29 juta penghidap Alzheimer dan pada 2020, jumlah itu dijangka mencecah 55 juta orang.

Penyakit ini berlaku disebabkan penurunan fungsi saraf otak yang kompleks, progresif dan daya ingatan seseorang itu akan merosot dengan teruknya sehingga penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Ia digolongkan sebagai satu daripada jenis nyanyuk yang dicirikan kepada lemah pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

“Amiloid protein yang membentuk sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak; kemusnahan sel saraf ini menyebabkan ‘neurotransmitter’ yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain dalam otak, terjejas.

“Sehingga kini, kajian saintis perubatan hanya menemui kaedah untuk memperlahankan kadar penyakit berkenaan tetapi tidak menemui penawar untuk menyembuhkan Alzheimer.

“Antara ubat yang disyorkan adalah cholinesterase inhibitors yang berfungsi meningkatkan keberkesanan penghantaran mesej dari satu neuron ke neuron lain yang sebelum ini terjejas akibat penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tempoh masa bagi penyakit berkenaan berubah daripada peringkat permulaan kepada keadaan kronik adalah sekitar tujuh tahun dan pengambilan ubat berkenaan pada peringkat permulaan mampu memperlahankan kesan penyakit sehingga empat tahun sebelum ia mencecah peringkat kronik. Pada peringkat permulaan, pesakit akan mengalami simptom terlupa seperti gagal mengingati di mana dia meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan.

Pesakit masih menyedari mengenai kelemahan dan sikap lupa yang dialaminya serta kurang berinteraksi dan bersosial selain bersikap agresif dan cepat marah.

Peringkat pertengahan berlaku apabila pesakit sudah tidak menyedari apa yang dilakukannya sehingga menyebabkan mereka tidak tahu arah pergerakan sehingga boleh sesat jika tidak dijaga, tidak mampu bersolat dan mengaji, lupa mencampurkan gula dalam minuman atau cara membancuh air.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan atau ahli keluar ga terdekat disebabkan lupa yang keterlaluan, ia menandakan pesakit itu berada di peringkat kronik.

Pesakit juga menunjukkan perlakuan pelik seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.

Ada juga yang mendakwa mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan.

Corak tidur juga berubah iaitu lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam selain kadangkala suka berjalan ke merata arah tanpa sebab yang jelas.

Tahap terakhir penghidap Alzheimer adalah terbaring tanpa dapat menguruskan diri dan melakukan kegiatan seperti makan atau membuang air de ngan sendiri.

Kebanyakan pesakit akhirnya meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia disebabkan sepanjang tempoh itu, mereka hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Ketika inilah pentingnya kefahaman mengenai hubungan kekeluargaan dan ajaran Islam di kalangan anak-anak untuk menjaga ibu bapa kerana tanpa kefahaman yang jelas, anak-anak akan tertekan.

Dr Azmi berkata, kajian dilakukan mendapati kesan Alzheimer tidak saja menyukarkan pesakit tetapi turut memberi tekanan emosi kepada penjaga mereka disebabkan pesakit perlu diberi penuh perhatian.

FAKTA
Antara penghidap Alzheimer yang terkemuka
·  Presiden Amerika Syarikat ke-40, Ronald Reagan
·  Penulis British, Enid Blyton
·  Peninju, Sugar Ray Robinson

FAKTA NOMBOR
Penghidap Alzheimer

29 juta - Anggaran penghidap sehingga 1998
10% - Daripada penduduk berusia lebih 65 tahun
50% - Daripada penduduk berusia 85 tahun