Dari sumber akhbar harian…..,
Alzheimer masih penyakit misteri
Oleh Nasron Sira Rahim
Nyanyuk disebabkan penurunan fungsi saraf otak sehingga daya ingatan merosot teruk
ALZHEIMER antara sindrom yang menyebabkan nyanyuk adalah penyakit ‘misteri’ lantaran kemajuan bidang teknologi bioperubatan masih belum dapat mengesan punca penyakit itu dan kaedah rawatan bagi memulihkan pesakit.

|
Sejak ditemui Dr Alois Alzheimer kira-kira 100 tahun lalu, kajian demi kajian dijalankan bagi mengenal pasti penyebab kepada penyakit berkenaan dan bagaimana mengubatinya tetapi tidak banyak hasil diperoleh.
Hasil bedah siasat yang dijalankan, beliau mendapati otak pesakit bukan saja mengecut malah dipenuhi gumpalan protein luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelitbelit (neuro fibrillary).
Perunding Neurologi Hospital Pakar Damansara, Dr Azmi Abdul Hamid, berkata sehingga kini, masih belum ada penjelasan punca gumpalan protein di dalam otak itu dan kenapa otak boleh mengecut.
Adakah ia berpunca daripada faktor pemakanan, cara hidup tidak sihat seperti kebanyakan penyakit lain? Dr Azmi menjelaskan pemakanan dan cara hidup tidak menyebabkan berlakunya Alzheimer malah punca lain juga tidak diketahui. Ia seumpama ‘sudah tiba masanya’ bagi penyakit itu berlaku kepada seseorang dan tiada siapa dapat menghalangnya.
Sepuluh peratus daripada mereka yang berusia lebih 65 tahun berpotensi menghidap Alzheimer dan bagi warga tua berusia lebih 85 tahun pula, kebarangkalian penghidap adalah 50 peratus.
Berbanding lelaki, wanita didapati lebih banyak menghidap penyakit ini dan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1998 mencatatkan kira-kira 29 juta penghidap Alzheimer dan pada 2020, jumlah itu dijangka mencecah 55 juta orang.
Penyakit ini berlaku disebabkan penurunan fungsi saraf otak yang kompleks, progresif dan daya ingatan seseorang itu akan merosot dengan teruknya sehingga penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.
Ia digolongkan sebagai satu daripada jenis nyanyuk yang dicirikan kepada lemah pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.
“Amiloid protein yang membentuk sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak; kemusnahan sel saraf ini menyebabkan ‘neurotransmitter’ yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain dalam otak, terjejas.
“Sehingga kini, kajian saintis perubatan hanya menemui kaedah untuk memperlahankan kadar penyakit berkenaan tetapi tidak menemui penawar untuk menyembuhkan Alzheimer.
“Antara ubat yang disyorkan adalah cholinesterase inhibitors yang berfungsi meningkatkan keberkesanan penghantaran mesej dari satu neuron ke neuron lain yang sebelum ini terjejas akibat penyakit berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, tempoh masa bagi penyakit berkenaan berubah daripada peringkat permulaan kepada keadaan kronik adalah sekitar tujuh tahun dan pengambilan ubat berkenaan pada peringkat permulaan mampu memperlahankan kesan penyakit sehingga empat tahun sebelum ia mencecah peringkat kronik. Pada peringkat permulaan, pesakit akan mengalami simptom terlupa seperti gagal mengingati di mana dia meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan.
Pesakit masih menyedari mengenai kelemahan dan sikap lupa yang dialaminya serta kurang berinteraksi dan bersosial selain bersikap agresif dan cepat marah.
Peringkat pertengahan berlaku apabila pesakit sudah tidak menyedari apa yang dilakukannya sehingga menyebabkan mereka tidak tahu arah pergerakan sehingga boleh sesat jika tidak dijaga, tidak mampu bersolat dan mengaji, lupa mencampurkan gula dalam minuman atau cara membancuh air.
Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan atau ahli keluar ga terdekat disebabkan lupa yang keterlaluan, ia menandakan pesakit itu berada di peringkat kronik.
Pesakit juga menunjukkan perlakuan pelik seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
Ada juga yang mendakwa mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan.
Corak tidur juga berubah iaitu lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam selain kadangkala suka berjalan ke merata arah tanpa sebab yang jelas.
Tahap terakhir penghidap Alzheimer adalah terbaring tanpa dapat menguruskan diri dan melakukan kegiatan seperti makan atau membuang air de ngan sendiri.
Kebanyakan pesakit akhirnya meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia disebabkan sepanjang tempoh itu, mereka hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Ketika inilah pentingnya kefahaman mengenai hubungan kekeluargaan dan ajaran Islam di kalangan anak-anak untuk menjaga ibu bapa kerana tanpa kefahaman yang jelas, anak-anak akan tertekan.
Dr Azmi berkata, kajian dilakukan mendapati kesan Alzheimer tidak saja menyukarkan pesakit tetapi turut memberi tekanan emosi kepada penjaga mereka disebabkan pesakit perlu diberi penuh perhatian.
FAKTA
Antara penghidap Alzheimer yang terkemuka

· Presiden Amerika Syarikat ke-40, Ronald Reagan
· Penulis British, Enid Blyton
· Peninju, Sugar Ray Robinson
FAKTA NOMBOR
Penghidap Alzheimer
29 juta - Anggaran penghidap sehingga 1998
10% - Daripada penduduk berusia lebih 65 tahun
50% - Daripada penduduk berusia 85 tahun

No comments:
Post a Comment