Anugerah Seri Angkasa 2010 ; Sudah Tiba Masanya Lembaga Akreditasi Artis (LAA) di ujudkan, diseliakan oleh FINAS dan dipantau oleh KPK&K
1. Saya adalah orang yang paling berbahagia di Malaysia pada ketika ini apabila suara hati kecil saya yang selama ini terpendam telah disambut dengan rasmi nya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPK&K) dengan penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010). Tambah manis dan bersepadu, majlis gilang gemilang tersebut yang telah diadakan pada 18 dan 19 Februari 2011 lalu, dikongsianjurkan bersama-sama oleh RTM, Kumpulan Media Prima Berhad (KMP) dan Astro. Tahniah saya ucapkan kepada ketiga-tiga pihak tersebut, inilah yang dikatakan, Teman Tapi Tak Mesra (sebelum ini!) tapi dah jadi Teman Seperjuangan Yang Hampir Mesra.
2. Apa tidaknya, segala perancangan yang ada didalam kepala saya ini, sebahagiannya telah dilaksanakan oleh badan yang berwajib keatas kemajuan/jatuh/bangun artis-artis kita, iaitu, pihak kementerian yang berkenaan. Syabas!. Cuma, sebelum saya pergi lebih jauh lagi untuk membentangkan buah fikiran saya, saya pohon pertimbangan pihak KPK&K untuk labelkan ASA2010 sebagai anugerah tertinggi di Malaysia bagi kategori yang melibatkan aktiviti seni artis-artis tempatan. Selanjutnya perlu juga di teliti secara halus definisi perkataan “artis” itu sendiri, siapakah mereka ini sebenarnya, adakah, contohnya, (i). seseorang artis itu boleh diikhtiraf sebagai penyanyi nombor satu negara apabila telah menjuarai beberapa anugerah saban tahun ? atau, (ii). adakah seseorang lepasan ASWARA boleh dikategorikan sebagai artis juga, apabila telah berjaya memegang watak utama didalam beberapa beberapa siri pementasan yang dianjurkan oleh pihak IB? atau, (iii). seseorang boleh digelar artis apabila berjaya menjuarai sesuatu program realiti ?. (Kenyataan tadi hanya pandangan peribadi saya sahaja, tidak ada kena-mengena dengan mana-mana orang atau mana-mana artis di Malaysia, samada yang masih hidup atau yang telah tiada). Tuan-tuan, puan-puan dan adik-kakak tidak perlu berikan jawapan/hujah/komen sekarang, simpan dulu dan tunggu sehingga selesai pembacaan keatas apa yang hendak saya perjelaskan disini.
Tiga persoalan tadi saya ketengahkan bagi menjawab FAQ (Frequently Ask Question) yang sering dipaparkan dipelbagai saluran media seperti berikut untuk renungan kita bersama, contohnya ;
2.1 Kisah terkini, didalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 6 Februari 2011, didalam ruangan Pancaindera, soalannya, layakkah artis bernama Gambit menerima sebanyak RM30,000.00 untuk lakonannya didalam filem Azura 2011, dan pihak manakah yang sepatutnya menetapkan bahawa mutu lakonan artis tersebut melayakkan beliau menerima/tidak menerima bayaran sebanyak yang ditawarkan ?.
2.2 Berapa lamakah tempoh yang melayakkan seseorang artis diberikan watak utama selepas beliau diperhatikan seringkali memainkan watak sampingan didalam beberapa drama/filem yang beliau telah lakonkan ?.
2.3 Layakkan seseorang artis dibidang nyanyian ditawarkan sesuatu watak dibidang lakonan setelah popularitinya meningkat/menyerlah dibidang nyanyian ?
Sekiranya ketiga-tiga soalan yang dilontarkan tadi tidak dapat dijawab dengan lancar, maka telah tiba masanya LAA, diujudkan didalam tempoh terdekat.
3. Jangan risau tuan-puan para pembaca setia ruangan Forum sekelian, saya tidak akan menyentuh hal-hal sensitif, walaupun sekelumit, semuanya fakta-fakta belaka. Menurut petikan Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari 2011, ASA telah diperkenalkan pada tahun 1972 oleh RTM, dan sejak tahun 2004, RTM telah membuka pencalonan kepada program siaran KMP dan Astro. Ini suatu usaha yang patut diberikan tabit hormat oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan seni, tidak kiralah apa jenis cabang seninya.
4. Baiklah, setelah tiga perenggan berlalu, apakah tuan-tuan dan puan-puan masih tidak nampak lagi akan pentingnya LAA diujudkan?, rasanya, masih belum nampak rasionalnya, kan !!!. Tentunya didalam kepala masing-masing masih bertanya-tanya sesama diri sendiri, apa kaitannya diantara penerusan penganjuran bersama ASA dengan penubuhan serta pengukuhan LAA. Saya berpandangan topik ini tidak hangat diperdebatkan kerana pandangan/hujah bukannya datang daripada, Pelakon/Pengarah dan Penerbit Terhangat di Malaysia (tak lain dan tak bukan, Ahmad Idham & David Teo, maaf, ini pandangan peribadi saya sahaja!) tapi, hanya datang daripada salah seorang rakyat Malaysia yang bernasib baik pendapat/pandangan/cadangan yang dihantar kepada ruangan Forum, Utusan Malaysia, kebetulan, dipilih oleh Editor untuk disiarkan.
5. Apa signifikannya, sebuah badan separa kerajaan seperti LAA perlu diujudkan dan dikekalkan ; dengan, mengadakan, suatu majlis anugerah seperti ASA2010 ditempat yang begitu gah seperti di Putra World Trade Centre (PWTC) ?
Pada pandangan saya, sekiranya tiada seorang pun yang akan menulis tentang hal ini sebelum 18 Februari 2011 dan dikongsikan beramai-ramai bersama-sama rakyat Malaysia untuk dibahas/dibincang/diforumkan, maka ASA2010 akan juga berlalu begitu sahaja seperti ASA-ASA pada tahun-tahun yang lepas tanpa meninggalkan apa-apa kesan mendalam samada kepada Pengarah, Artis, Penerbit Drama/Filem, Peminat biasa/fanatik, Persatuan-persatuan berkaitan kesenian dan pihak lain yang berkepentingan samada secara langsung atau tidak langsung.
Buat permulaan ini, sebagai muqaddimah pengenalannya, badan seperti LAA, apabila telah diujudkan nanti, akan menjadi sebuah pusat sehenti (one-stop centre) bagi artis-artis dipelbagai cabang seni, samada pelakon drama/filem/pentas, penyanyi radio/tv/pusat hiburan, pengacara tv/funfare atau penggiat seni yang lain ; dimana disana nama mereka akan didaftarkan dengan mengambilkan kira segala maklumat peribadi mereka untuk simpanan atau rujukan serta merekodkan segala catatan perjalanan setiap aktiviti seni yang telah/sedang/akan diikuti oleh seseorang artis itu.
Maka dengan data-data tersebut, pihak LAA boleh mengumpul / menilai / menyimpan didalam arkib / mengeluarkan rating tentang status terkini seseorang artis untuk kegunaan pihak luar samada penerbit, pengarah, stesen tv dan lain-lain organisasi. Oleh kerana LAA diletakkan dibawah penyeliaan FINAS, maka perlu dibentuk satu Lembaga Akreditasi yang dianggotai oleh 20 hingga 30 orang terdiri daripada pakar-pakar didalam bidang kesenian dan juga pakar-pakar dibidang yang lain seperti motivasi, pengiklanan dan sebagainya. Lembaga Akreditasi tersebut boleh bersidang didalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah FINAS dan dipantau oleh beberapa orang pengawai daripada KPK&K. Keputusan daripada majlis tersebut ialah satu senarai rating rasmi setiap artis yang berdaftar dengan LAA untuk makluman pihak luar.
Oleh kerana artis-artis yang didaftarkan akan dimasukkan didalam pencalonan anugerah tertinggi seperti ASA (sekiranya disahkan layak bertanding!), disamping pencalonan didalam majlis anugerah lain yang rancak diadakan sepanjang tahun ; maka dengan senantiasa mengemaskinikan maklumat kegiatan seni artis-artis kita oleh satu badan yang bertanggungjawab seperti LAA, maka, selepas sesuatu anugerah tamat bersiaran, tiada lagi kedengaran rungutan/komplen dari pelbagai pihak samada daripada orang-orang didalam atau orang-orang diluar bidang kesenian.
Diharapkan dengan pengikhtirafan badan seperti LAA oleh pelbagai pihak, rasa-rasanya dimasa depan kelak, tidak ada lagi orang akan cakap-cakap di belakang tentang, contohnya, kenapa Shamsul Yusuf boleh menang anugerah Pengarah Terbaik PFM yang baru berlalu, sedangkan dia masih baru di dalam bidang itu ???, atau kenapa Ana Raffali boleh menang AJL 2010 yang baru sahaja meninggalkan kita, sedangkan dia juga masih baru sebagai penyanyi/penulis lirik/komposer ???. Kenapa? Siapa? Bila? Dimana?.........
Berbalik kepada keputusan pihak penganjur mengambil keputusan untuk mengadakan majlis anugerah seperti ASA2010 di PWTC ; pada pandangan saya, bagi sesetengah orang, dengan senangnya keluarlah pendapat yang akan mengatakan, oh! disitu lebih selesa, lebih ramai orang boleh menghadirkan diri, sama-sama memeriahkan acara tersebut, nak tambah ummph lagi, jemputlah pulak pengacara majlisnya yang terhangat lagi evergreen, iaitu, Aznil Hj Nawawi dan Kak Engku !!!. Tak senang duduk lah kita selama dua jam, best sangat, sebab boleh dijamin/dijangka, mereka dapat ”mengemudikan” majlis dengan selamat.
6. Secara seriusnya, pada pandangan saya, seseorang artis sudah pasti akan merasa amat bangga apabila diikhtiraf dan dijemput untuk menerima sesuatu anugerah diatas hasil titik peluh sendiri, di tengah-tengah pentas di dalam sebuah dewan yang terunggul seperti di PWTC, ; maka, mereka yang telah terpilih, bukan calang-calang artis, bukan calang-calang pelakon, buat hanya sebagai pak pacak sahaja!, ; tetapi, sememangnya mereka berbakat didalam kerjaya mereka, mereka bersungguh-sungguh didalam membawakan watak yang telah dipilih untuk mereka. Maka dengan itu, kita perlu lahirkan lebih ramai lagi pelakon pelapis untuk meneruskan kehebatan lakonan, contohnya seperti artis Zulhuzaimi dan kepelbagaian kebolehan lakonan, contohnya seperti artis Noor Khairiah !!!. (Pilihan artis-artis ini sekadar dijadikan contoh sahaja, artis yang lain jangan berkecil hati!. Kalau nak disenaraikan semuanya, tiga hari tiga malam tak habis!!).
Kalau bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir telah mengubah wajah lembah Kelang untuk menjadi tambah cemerlang, gemilang dan terbilang, maka kedua-dua artis tadi, telah mengubah senario lakonan drama/filem di Malaysia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi berprestij. Terima kasih Tun!, terima kasih Mi! dan terima kasih Riah!. Anda memang hebat, memang gemilang didalam bidang masing-masing.
7. Pembentukan secara rasmi Lembaga Aktreditasi Artis (LAA) perlu dibincangkan dengan lebih halus dan teliti sebelum boleh dibawa ketengah, selepas mengambilkira kepentingan, sensitiviti dan pengikhtirafan pelbagai pihak supaya boleh menjadi suatu badan yang benar-benar boleh mengawaselia kerjaya/aktiviti semua artis di Malaysia. Adalah diharapkan dengan penambahbaikan peranan lembaga ini kelak, maka, apa sahaja kategori anugerah yang bakal diberikan kepada artis-artis kita, boleh disahkan sebagai suatu pengikhtirafan yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.
8. Saya rasa cukup sampai disini dahulu saya berbicara dan diharapkan cetusan idea yang telah dibentangkan tadi akan menjadi suatu bahan perbincangan yang lebih rancak, menarik dan berilmu pengetahuan didalam majlis-majlis forum yang lebih formal atau di sesi-sesi sembang santai di kopitiam oleh mereka-mereka yang arif lagi bijaksana didalam industri kesenian dan yang sewaktu dengannya. Izinkan saya mengundur diri untuk seketika.
Oleh : Putra NS di Perantauan
Tarikh Catatan : 6 Februari, 2011
No comments:
Post a Comment